Bahagian Pengurusan, Pembangunan Wakaf Dan Zakat

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universaiti (JPU) bilangan 1/2017 pada 11 Januari 2017 telah meluluskan struktur baharu Pusat Islam Universiti dimana Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Wakaf telah diletakkan dibawah Pusat Islam Universi ti.

        Setelah tiga tahun Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Wakaf  dibawah Pusat Islam Universiti, satu mesyuarat Jwatankuasa Universiti Malaysia Kelantan telah diadakan pada 4 Disember 2019, Berdasarkan hasil mesyuarat tersebut, dipersetujui supaya sebuah Unit Wakaf ditubuhkan di bawah Pejabat Naib Canselor.

 Pengusulan kertas cadangan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universaiti (JPU) bilangan 17/2019 pada 11 Disember 2019, maka tertubuhnya Bahagian Pengurusan Pembangunan Wakaf Dan Zakat dimana Bahagian ini berada di bawah selian dan pantauan Pejabat Naib Canselor.

FUNGSI BAHAGIAN

  1. Bertanggungjawab dalam menggerak dan mengurus agenda wakaf UMK.
  2. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga UMK terhadap kepentingan budaya memberi untuk kepentingan ramai menerusi ibadat wakaf
  3. Memastikan pengurusan setiap kutipan dan agihan dana adalah berpandukan peraturan yang berkuatkuasa serta mematuhi prinsip syara’
  4. Merekod dan mengemaskini segala rekod dokumen berkaitan wakaf UMK
  5. Melaksanakan tanggungjawab social dengan menggalakan Warga UMK beramal jariah dengan mengendalikan ceramah /kempen/dialogdam sebagainya
  6. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal kewangan wakaf UMK
  7. Bertanggungjawab merancang,mengawasi dan mengurus harta-harta wakaf untuk dibangunkan
  8. Bertanggungjawab membuat pelaburan ke atas harta wakaf
  9. Menjalinkan dan mencari peluang-peluang bersama pihak wasta mahupun kerajaan untuk menjana sumbangan dana zakat korporat kepada Warga UMK

OBJEKTIF BAHAGIAN

  1. Memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan dan aset di Pejabat Naib Canselor diuruskan selaras dengan peraturan yang digunapakai.
  1. Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan pemegang taruh.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Pengurusan, Pembangunan Wakaf Dan Zakat
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Kota
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu. Kelantan.

Email
bpp.wakafzakat@umk.edu.my

No Tel
-