PENGENALAN/ LATAR BELAKANG
Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor adalah merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusan pentadbiran dan kewangan bagi semua Pusat/ Unit di bawah selian Pejabat Naib Canselor.
FUNGSI BAHAGIAN
- Mengurus dan membantu memudahkan segala urusan dan kemudahan hospitaliti Naib Canselor serta Timbalan-Timbalan Naib Canselor.
- Menyelaras dan mengkoordinasi hubungan di antara Pejabat Naib Canselor dengan Pusat/ Unit di bawahnya.
- Merancang, mengurus dan memantau hal berkaitan pentadbiran kewangan di Pejabat Naib Canselor.
- Menguruskan hal berkaitan pentadbiran aset dan inventori di Pejabat Naib Canselor.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan dan aset di Pejabat Naib Canselor diuruskan selaras dengan peraturan yang digunapakai.
- Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan pemegang taruh.