Print this page

PROF. DR. NOOR AZIZI MULA TUGAS NAIB CANSELOR BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

49645529 2104155452972478 6533609709302185984 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Azam Razi

PENGKALAN CHEPA 7 Januari I Prof Dr Noor Azizi Ismail, 50, memulakan tugas secara rasmi sebagai Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pejabat Canseleri, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 7 Januari 2018.

Beliau yang merupakan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, tiba tepat pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh Mantan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan pengurusan tertinggi universiti.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar.

Hadir sama, Bendahari UMK, Puan Junaidah Badar dan Ketua Pustakawan, En. Azman Hashim.

50291356 2104152309639459 4655041282329018368 nTerdahulu, Prof. Dr. Noor Azizi merekodkan kehadiran, di blok bangunan Pusat Komputeran Dan Informatik, sebelum diiringi ke pejabatnya di tingkat satu bangunan Pejabat Canseleri untuk menghadiri majlis menerima nota serah tugas daripada Prof. Dato’ Dr. Husaini.

Majlis ringkas penyerahan nota serah tugas di adakan di Bilik Mesyuarat Esekutif.

Prof Dr Noor Azizi dilantik sebagai Naib Canselor UMK berkuatkuasa pada 7 Januari 2019 selamat tiga tahun sehingga 2022.

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1969 merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Sistem Maklumat Perakaunan dari University of Memphis, Amerika Syarikat.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Perakaunan dan Sistem Maklumat pada 2004 dari Loughborough University, United Kingdom.

Pelantikan sebagai Naib Canselor UMK adalah berdasarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian ketika memegang jawatan pentadbiran utama di pelbagai peringkat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof. Dr. Noor Azizi memulakan kerjaya sebagai pensyarah jurusan sistem maklumat perakaunan di UUM dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Kolej Perniagaan UUM dan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business UUM.

Pernah mendapat pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa antaranya, Lecturer Excellence Award daripada SAS Institute pada 2008, anugerah Kepimpinan Inovatif pada 2011, Anugerah Kepimpinan Pendidikan pada 2013 daripada CMO Asia’s Best B-School dan terbaharu pada 2018 menerima Movers & Shakers Award daripada Asia HRD Awards.

Justeru, kementerian berharap supaya pelantikan itu akan menyumbang kepada kesinambungan pencapaian dan kecemerlangan UMK dalam mencapai visi dan misi sebagai universiti yang berfokuskan keusahawanan.

Dalam pada itu, kementerian juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Husaini atas khidmat bakti, kepemimpinan serta kepakaran sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Canselor UMK.

49707205 2104156766305680 4419331097712656384 n

000
Read 500 times Last modified on Tuesday, 29 January 2019 05:08
Rate this item
(0 votes)