Pusat Islam UMK

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Pusat Islam Universiti secara umumnya bertanggungjawab kepada pengurusan dan pelaksanaan hal ehwal kerohanian universiti. Membantu mempertingkatkan jati diri warga universiti dan menguruskan aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan nilai warga kampus. Saluran terhadap isu dan dasar mengenai kefahaman Islam, penyesuaian kepada penghayatan serta konsep Islam dalam konteks yang syumul dan universal.

OBJEKTIF

Pusat Islam Universiti bertanggungjawab;

  1.  Menguruskan pelaksanaan dan kemudahan beribadat di kalangan warga kampus.

  2. Menjalankan aktiviti kerohanian mencakupi aspek fardhu ain dan fardhu kifayah.

  3. Menganjurkan program keagamaan dan hari kebesaran Islam peringkat Universiti.

  4. Melaksanakan program pembangunan nilai dan memupuk persefahaman serta muhibbah di kalangan warga Universiti dan masyarakat.

  5. Memberikan bimbingan dan khidmat nasihat terhadap persoalan dan kemusykilan agama.

  6. Melaksanakan program kebajikan kepada warga kampus dan masyarakat seperti infak, sedekah, zakat, dan sebagainya.

VISI

Pemangkin kecermelangan rohani dan pengukuhan nilai ke arah keharmonian sejagat.

MISI

Memperkasakan nilai jati dan sahsiah masyarakat melalui program pembangunan dan pemurnian rohani secara berterusan selaras dengan pembentukan modal insan berkualiti dalam konteks duniawi dan ukhrawi.

CARTA FUNGSI

CARTA FUNGSI PUSAT ISLAM UNIVERSITI

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PUSAT ISLAM UNIVERSITI