Unit Audit Dalam

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah ditubuhkan pada 8 April 2012. Ia merupakan satu unit bebas yang diletakkan di bawah pentadbiran Canselori kini dikenali sebagai Pejabat Naib Canselor dan bertanggungjawab secara langsung kepada Naib Canselor (NC). Dari segi fungsi, Ketua Audit Dalam Dalam (KAD) melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit (JKA).

UAD UMK merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi UMK. Objektif unit ini ialah untuk membantu pihak pengurusan UMK dalam mencapai matlamatnya dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan Universiti dari segi pengurusan risiko, kawalan dan proses tadbir urus.

VISI
Menjadi penyumbang kepada kecekapan dan kecemerlangan tadbir urus UMK.

MISI
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas ke arah meningkatkan tadbir urus dan akauntabiliti pengurusan kewangan bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif UMK.

FUNGSI BAHAGIAN

Menjalankan pengauditan secara bebas dan professional berpandukan kepada garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Juruaudit Dalaman (IIA).

OBJEKTIF

Objektif Unit ini ditubuhkan adalah untuk memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada NC melalui pendapat professional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti. Ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti Unit Audit Dalam yang telah dirangka dan dijalankan secara sistematik berdasarkan garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Juruaudit Dalaman (IIA).

UAD bukan merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan. Tanggungjawab ke atas kawalan dalaman adalah untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan tanpa mengambilkira aktiviti audit adalah di bawah pihak pengurusan.

CARTA ORGANISASI

Slide1

CARTA FUNGSI

Slide2

STAF DIREKTORI

BIL.

NAMA

JAWATAN

NO.TEL / EXT

EMEL

1

Puan Wan Noor Azimah Binti Wan Muhammad

Ketua Audit Dalam

09-7797000 / 10002

azimah @umk.edu.my

2

Puan Noor Liana Binti Mansor

Juruaudit

09-7797000 / 11294

liana.m@umk.edu.my

3

Encik Mohd Daruslam Bin Kasim

Penolong Akauntan

09-7797000 / 10802

daruslam@umk.edu.my

4

Puan Hasma Riza Binti Awang

Penolong Akauntan

09-7797000 / 10922

hasmariza@umk.edu.my

5

Puan Ainaa Amirah Binti Hamzah

Penolong Akauntan

09-7797000 / 11646

amirah.h@umk.edu.my

6

Encik Mohd Shahrol Bin Ismail

Penolong Akauntan

09-7797000 / 11643

shahrol.i@umk.edu.my

7

Puan Raja Yusriah Binti Raja Yaacob

Pembantu Akauntan

09-7797000 / 11551

yusriah@umk.edu.my

HUBUNGI KAMI

Unit Audit Dalam
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok, Kelantan.
Tel : 09-7797000
Emel: auditdalam@umk.edu.my