Unit Integriti

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Unit Integriti Universiti Malaysia Kelantan ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013. Unit Integriti telah diluluskan penubuhannya pada 11 Mac 2014 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bilangan 3 Tahun 2014 (Kali Ke-131).

FUNGSI BAHAGIAN

Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti dengan melaksanakan enam (6) fungsi teras sebagaimana berikut

FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI PENERANGAN
1. TADBIR URUS Fungsi Tadbir Urus adalah untuk memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi. a. Menyemak dan mengkaji dasar, sistem dan prosedur kerja serta mencadangkan penambahbaikan. b. Menyelia dan menyelaras penambahbaikan sistem prosedur bagi memastikan tadbir urus agensi yang baik. c. Membuat semakan lanjut berdasarkan maklum balas yang diterima dan membuat tindakan pematuhan atau pengukuhan integriti sekiranya perlu. d. Menentukan pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR). e. Mengambil tindakan susulan ke atas keputusan Mesyuarat JAR.
2. PENGUKUHAN INTEGRITI Pengukuhan Integriti adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi. a. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program kesedaran, dan pengukuhan integriti bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti pegawai/ kakitangan agensi. b. Memantau dan menganalisis prestasi dan pelaporan pelaksanaan program pengukuhan integriti dan penerapan nilai murni di agensi. c. Menyelaras, menyediakan artikel/ input bahan bahan bacaan pengukuhan integriti untuk penerbitan, cetakan, hebahan dan promosi kepada pegawai dan kakitangan. d. Membuat jaringan kerjasama dengan Ketua Jabatan dalam agensi untuk membentuk program pengukuhan integriti. e. Melaksanakan advokasi pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan kepada warga agensi selaras dengan objektif Pelan Anti Rasuah Malaysia.
3.PENGESANAN DAN PENGESAHAN Unit Integriti bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
  • Menyelaras tugas-tugas pengesanan dan pengesahan pelanggaran integriti, pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi.
  • Menjalankan pengesahan berkaitan maklumat mengenai perilaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018, pelanggaran tatakelakuan & etika agensi dan lain-lain kesalahan.
  • Menyediakan laporan lengkap hasil dari pengesahan yang dilakukan berserta ulasan dan syor sama ada aduan ini perlu diedarkan kepada Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Polis Diraja Malaysia (PDRM)/ SPRM/ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)/ Kastam Diraja Malaysia (KDRM)/ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain yang berkaitan untuk salah laku yang berkaitan atau Pejabat Penasihat Undang-Undang untuk prosiding tatatertib.
  • Membantu mempercepatkan prosiding tatatertib dengan mendapatkan keterangan dan dokumen sokongan berkaitan kes tatatertib
  • Pengesanan terhadap kelemahan sistem dan prosedur agensi. Bagi mengelakkan kelemahan yang membuka ruang dan peluang rasuah, tatakelakuan dan etika
4. PENGURUSAN ADUAN Pengurusan Aduan bermaksud pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Fungsi-fungsi yang dijalankan di bawah Pengurusan Aduan adalah tidak terbatas kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan, tetapi pegawai UI yang ditempatkan bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan. a. Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Aduan Unit Integriti. b. Menyelia, memantau dan mengurus serta merekod penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi. c. Membawa maklumat/ aduan ke Jawatankuasa Pengurusan Aduan (JKPA) untuk menilai maklumat/ aduan tersebut untuk tindakan lanjut. d. Memastikan penapisan maklumat/ aduan dilakukan, iaitu maklumat/ aduan berkaitan integriti sahaja iaitu isu rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk diambil tindakan. e. Mengedarkan maklumat/ aduan yang bersifat pentadbiran untuk tindakan dalaman agensi. f. Menerima Laporan SPRM dan merujuk kepada Ketua Jabatan untuk tindakan lanjut. g. Menganalisis trend/ jenis/ kategori aduan yang diterima. h. Mengadakan jalinan kerjasama dengan lain-lain bahagian untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan Aduan.
5. PEMATUHAN Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika. a. Menyelia tahap pematuhan agensi dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem dan prosedur dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa pada setiap peringkat dalam agensi. b. Menyemak, mengkaji, mengesah dan mengesyorkan cadangan penambahbaikan berkaitan ketidak patuhan terhadap dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa. c. Memastikan Kod Etika UMK diamalkan dan dipatuhi.
6. SIASATAN Menerima dan menguruskan siasatan mengenai salah laku jenayah, rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika oleh warga Universiti. Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aduan (JKPA), Jawatankuasa Siasatan Dalaman Universiti (JKSDU) dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Plagiat Universiti (JKSDPU).

OBJEKTIF

Menyepadukan tadbir urus berkaitan integriti supaya dapat dilaksanakan dengan berfokus dan terancang agar inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuat kuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

CARTA ORGANISASI

carta ui

STAF DIREKTORI

 

Nama: Puan Adni Binti Abu Hassan Sha'ari

Jawatan: Ketua Unit Integriti / Timbalan Pendaftar

No. Telefon: 609 779 7749

E-mel: adni@umk.edu.my

 

Nama: Puan Mar’ieyah Binti Muhammad

Jawatan: Penolong Pendaftar

No. Telefon: 609 779 7750

E-mel: marieyah@umk.edu.my

 

Nama: Puan Salmiza Binti Abdul Wahab

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

No. Telefon: 609 779 7751

E-mel: salmiza@umk.edu.my

HUBUNGI KAMI

Unit Integriti
Universiti Malaysia Kelantan
Aras 3, Bangunan Canselori
16300 Bachok, Kelantan
No. Telefon: 09-779 7751
E-mel: integriti@umk.edu.my