Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan bagi memenuhi saranan YB Dr. Maszlee Bin Malik, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Tinggi pada 5 September 2019 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) agar setiap Universiti Awam mewujudkan satu Unit Khas bagi pengurusan dan perkhidmatan pelajar dan staf OKU.

Garis Panduan tersebut bertujuan untuk membantu setiap institusi pendidikan tinggi melaksanakan Dasar Inklusif OKU di institusi masing-masing secara komprehensif dan holistik. Berdasarkan garis panduan tersebut juga, pihak institusi pendidikan tinggi perlu menyediakan pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi memastikan sasaran halangan sifar (zero barrier) dapat dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang

FUNGSI BAHAGIAN

Menguruskan penyelarasan keperluan OKU dengan baik mengikut peraturan yang ditetapkan meliputi perkara seperti yang berikut:

  • Mengumpul dan memproses maklumat pelajar, staf dan pelawat OKU;
  • Menjadi tempat rujukan utama berkaitan isu pelajar OKU dalam sebarang perkara, terutamanya yang melibatkan aspek akademik dan kemudahan serta menyediakan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan individu;
  • Menjadi tempat rujukan utama berkaitan isu staf OKU dalam sebarang perkara, terutamanya yang melibatkan aspek kemudahan dan menyediakan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan individu dalam membantu pembangunan kerjaya;
  • Menjadi tempat rujukan utama berkaitan isu pelawat OKU dalam sebarang perkara, terutamanya yang melibatkan aspek kemudahan dan meyediakan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan individu;
  • Menjadi tempat rujukan yang menghubungkan pelajar dan staf OKU yang memerlukan sokongan emosi dan psikologi kepada perkhidmatan yang bersesuaian;
  • Menjadi pengantara dalam program pembangunan dan penyelidikan yang melibatkan pelajar dan staf OKU;
  • Melatih dan mengkoordinasi fungsi Pegawai Perhubungan OKU (Disability Liaison Officer) yang dilantik daripada setiap Pusat Tanggungjawab (PTj);
  • Memproses semua permohonan dan aduan daripada pelajar, staf dan pelawat OKU.
  • Merangka dan melaksanakan program-program kesedaran OKU kepada pelajar, staf (akademik dan bukan akademik) dan pihak penyedia perkhidmatan di Universiti; Tugas-tugas lain yang relevan.
  • Menguruskan Bantuan Kewangan Pelajar termasuk wang sara diri dan tuntutan yuran Pelajar Kelainan Upaya (OKU).

OBJEKTIF

  1. Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institut Pendidikan Tinggi.
  2. Membentuk sebuah sistem pendidikan yang mampu melahirkan insan yang berpegang teguh kepada nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormat menghormati.
  3. Memastikan pelajar, kakitangan dan warga OKU yang lain dapat mengikuti pengajian atau melaksanakan tugas mereka dengan selamat dan selesa