Official Portal of Vice Chancellor Office Universiti Malaysia Kelantan

Pusat Islam UMK

PUSAT ISLAM
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 

 

FUNGSI UTAMA PUSAT ISLAM
Pusat Islam secara umumnya bertanggungjawab kepada pengurusan dan pelaksanaan hal ehwal kerohanian universiti bagi mempertingkatkan jati diri warga universiti dan menguruskan aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan nilai warga kampus. Merangkumi isu dan dasar mengenai kefahaman Islam, penyesuaian kepada penghayatan serta konsep Islam dalam konteks yang syumul dan universal.

 

VISI
Pemangkin kecemerlangan rohani dan pengukuhan nilai ke arah keharmonian sejagat

 

MISI
Memperkasakan nilai jati dan sahsiah masyarakat melalui program pembangunan dan pemurnian rohani secara berterusan selaras dengan pembentukan modal insan berkualiti dalam konteks duniawi dan ukhrawi

 

OBJEKTIF PUSAT ISLAM
• Menguruskan pelaksanaan dan kemudahan beribadat dalam kalangan warga kampus.
• Menjalankan aktiviti kerohanian mencakupi aspek fardhu ain dan fardhu kifayah.
• Menganjurkan program keagamaan dan hari kebasaran islam peringkat universiti .
• Melaksanakan program pembangunan nilai dan memupuk persefahaman serta muhibbah dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.
• Menjadi pusat perkhidmatan, rujukan dan nasihat berkaitan hal ehwal Islam.