Portal Rasmi Pejabat Canselori Universiti Malaysia Kelantan
logocanumk10tahun

Pejabat Naib Canselor

Pejabat Naib Canselor berperanan utama menguruskan hal-hal yang berkaitan pengurusan Universiti secara amnya dalam hal-hal berkaitan seperi berikut:

  • Mengurus hal berkaitan dasar dan kualiti Universiti yang boleh dijadikan contoh oleh Pusat Tanggungjawab lain.
  • Mengetuai mesyuarat utama Universiti seperti Mesyuarat Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Senat dan Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Kanan (Pejabat Pendaftar sebagai sekretariat) serta mesyuarat kewangan Universiti.
  • Memastikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan Universiti dipatuhi, dan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk melaksanakan peruntukan ini dan khususnya, untuk memastikan bahawa Jabatan sentiasa bertindak menurut kuasa atau tugas yang ditetapkan.
  • Melaporkan kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Pengarah, Perbendaharaan dan lain-lain agensi berkaitan atas segala perkiraan mengenai penyelidikan, perkhidmatan yang berkaitan dengan penyelidikan, kewangan, pengurusan aset, pentadbiran, kebajikan, tatatertib, latihan dan perundingan mengikut mana-mana yang berkenaan