Portal Rasmi Pejabat Canselori Universiti Malaysia Kelantan
logocanumk10tahun

Mengenai Pejabat Canselori

Pejabat Canselori merupakan nadi pentadbiran sesebuah universiti yang menempatkan pejabat Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Universiti. Penubuhan Pejabat Canselori UMK secara langsung adalah pada 1 Oktober 2006 bersempena pelantikan Naib Canselor pertama.

Pejabat Canselori adalah cermin yang memberikan gambaran umum terhadap UMK. Justeru, Pejabat Canselori mempunyai pelbagai unit yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan UMK. Antara unit yang terdapat di Pejabat Canselori adalah seperti berikut:

  • Pejabat Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor
  • Pejabat Penolong Naib Canselor
  • Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Penyelarasan
  • Pusat Hal Ehwal Korporat
  • Pusat Strategik Korporat
  • Pusat Pengurusan dan Jaminan Kualiti (PPJK)
  • Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK)
  • Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
  • Unit Audit Dalam
  • Bahagian Perundangan & Governans
  • Bahagian Islam dan Pembangunan Nilai (BiPEN)
  • Pusat Pembangunan, Infra & Perkhidmatan
  • Pusat Teknologi Maklumat

Setiap unit mempunyai fungsi utama yang bertujuan khusus untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan pengurusan Universiti secara amnya dan Pejabat Canselori khususnya.