Latar Belakang

Mengenai Kami

PEJABAT NAIB CANSELOR 

Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ditubuhkan pada 1 Oktober 2006 bersempena pelantikan Naib Canselor pertama. Pejabat Naib Canselor adalah pejabat pengurusan tertinggi dan utama di UMK. Pejabat ini bertanggungjawab untuk memastikan halatuju, perancangan polisi dan pembangunan UMK selari dengan hasrat penubuhan UMK berpandukan kepada Misi, Visi dan falsafah penubuhan UMK. Antara Pusat/ Unit di bawah Pejabat Naib Canselor adalah seperti berikut:

  • PEJABAT NAIB CANSELOR

  • PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

  • UNIT AUDIT DALAM

  • PUSAT STRATEGIK DAN RISIKO

  • UNIT INTEGRITI

  • PUSAT PENGURUSAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  • PUSAT ISLAM UMK

  • PUSAT PENGURUSAN KUALITI UNIVERSITI

  • INSTITUT KEUSAHAWANAN UMK

  • PUSAT PENTADBIRAN KAMPUS JELI

About Us

Visi


Pelaksana pentadbiran dan perkhidmatan yang profesional selaras dengan matlamat Universiti

Misi


Memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan tadbir urus dilaksanakan secara berkesan selari dengan Visi dan Misi Universiti

Objektif


  1. Memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan dan aset di Pejabat Naib Canselor diuruskan selaras dengan peraturan yang digunapakai.

  2. Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan pemegang taruh.